Aku datang lagi

Akhirnya aku tukar kerja juga, semoga aku dapat melupakan segalanya demi mencari sesuatu yg aku sendiri pun tak pasti, semoga tempat baru ni boleh membawa ke alam yg baru utk masa2 akan datang, tempat baru banyak mengajak aku untuk kembali berfikir, kembali menulis dan berfalsafah lagi, membuat aku rindu kisah2 lama.

Tak semua pun yg kita selesa dan suka itu elok, dan tak semua yg kita tak suka itu tak elok dan tak juga penderitaan itu selamanya nanti akan jumpa juga dengan kebahagian seperti mana kemenangan akan berpihak kepada yg benar.

Allah sentiasa ada walau pun ribut dan taufan melanda diri kita, walau jauh mana pun kita tersasar dan walau kelaut dalam mana pun kita terbuang, kasih sayang-Nya tetap ada, aku dapat rasa dengan penuh hikmah, terima kasih sebab hadiah kan aku sebuah kehidupan ini.

Di sisi2 kehidupan aku berjalan sambil melihat berlalu perginya kisah2 yg dahulu membuatkan aku memahami erti hidup dan insan walau tak banyak tapi cukuplah membuatkan aku lebih kuat untuk hadapi hari2 yg akan datang.

Aku rindu kisah dan kehidupan yg telah berlalu pergi mungkin tak akan berulang lagi hingga bumi ini diakhir usia dan aku juga akan pergi meninggalkan semuanya, meninggalkan kenangan2 hidup didunia.

Section 8
Shah Alam. 

No comments:

Post a Comment